Selasa, 02 Maret 2010

Pengawasan, Tentangan Pengawasan, Pengawasan Songsang, "Sousveillance"

Pemantauan merupakan seni memantau aktiviti seseorang atau kumpulan dari kedudukan pihak yang berkuasa. Pemantauan mungkin secara senyap (covert) (tanpa pengetahuan mangsa) atau jelas (overt) (mungkin dengan peringatan yang kerap seperti "kami sedang memantau anda"). Pemantauan merupakan sebahagian dalaman sejarah manusia. Seni Peperangan karya Sun Tzu, yang tertulis 2,500 tahun dulu membincangkan bagaimana pengitip-pengitip hendak digunakan bagi menentang pihak lawan seseorang. Tetapi teknologi pengomputeran dan elektronik moden telah memberi bidang pengawasan satu padang operasi baru yang luas. Pengawasan boleh dilakukan secara automatik oleh komputer, dan lazimnya orang ramai meninggalkan kesan ekstensif yang memberi penerangan tentang aktiviti-aktiviti mereka.

Tentangan Pengawasan adalah amalan mengelak pengawasan atau menjadikan diri sendiri susah dikesan untuk diawasi. Sebelum rangkaian komputer diperkenalkan, tentangan pengawasan melibatkan mengelakkan agen dan komunikasi secara rahsia. Kini dengan perkembangan semasa: iaitu Internet, kebolehan memperoleh sistem sekuriti, dan himpunan maklumat dalam komputer, tentangan pengawasan kini berkembang dalam skop dan kekompleksan. Kini tentangan pengawasan melibatkan kesemua dari mengetahui bagaimana menghapuskan satu fail komputer ke mengelakkan daripada menjadi sasaran agensi pengiklanan secara langsung.

Pengawasan Songsang adalah amalan menyonsangkan pengawasan, sebagai contoh, rakyat biasa mengambil gambar polis, para pembeli-belah mengambil gambar penjual, dan penumpang teksi mengambil gambar pemandunya yang sendiri biasanya punyai kamera pengawasan dalam teksi-teksi yang mereka bawa. Satu contoh terbaik merupakan rakaman pemukulan Rodney King oleh George Haliday. Pengawasan songsang adalah cubaan menggulingkan kerahsiaan pengawasan itu sendiri melalui rakaman pengawasan itu dan seterusnya mengedarkannya kepada umum.

"Sousveillance" (suatu istilah yang dicipta Steve Mann, seorang profesor di Universiti Toronto [2]) adalah pengawasan songsang yang termasuk rakaman aktiviti pengawasan oleh seorang yang terlibat dalam aktiviti berkenaan. Bengkel-bengkel sousveillance baru-baru ini seperti Arkiban dan Rakaman Terus Menerus Pengalaman Peribadi oleh Microsoft adalah bukti industri "sousveillance" yang semakin berkembang termasuk penglibatan Microsoft (dengan kamera boleh dipakainya), Nokia, Hewlett Packard (dengan "Casual Capture" (Tangkapan Kasual)nya serta pelbagai lagi yang lain-lain.

Pengawasan Klinikal adalah pemerhatian peristiwa (termasuk, sebagai contoh, kelakuan penyakit berjangkit atau penyakit kronik) dengan kesan yang signifikan pada kesihatan umum. Penggunaan pengawasan klinikal untuk memaklumkan polisi umum dalam mengedarkan sumber-sumber kesihatan semakin berkembang dan meluas mungkin menyebabkan kebimbangan privisi. Tekanan terhadap kehendak pensakit itu sendiri bagaimanapun adalah satu jenis "sousveillance" klinikal di mana maklumat dikendalikan dengan terbuka dan saksama ("equiveillance").

Equiveillance adalah satu perkataan bahasa Inggeris yang menggambarkan kesaksamaan antara pengawasan dan "sousveillance". Ia telah dicadangkan bahawa equiveillance akan menjaga integriti konteks data yang dikupulkan daripada pengawasan.
Kesan pengawasan
What are you looking at? ("Apa yang anda sedang melihat?") — Grafiti oleh Banksy yang mengomen tentang kamera pengawasan bersebelahan di lebuhraya bawah dekat Taman Hyde, bandar London.

Kesan paling besar pengawasan berkomputer adalah jumlah angka besar organisasi-organisasi yang terlibat dalam operasi pengawasan:

* Perkhidmatan negara dan sekuriti masih mempunyai sistem pengawasan yang paling berkuasa, kerana mereka dibenarkan oleh undang-undang. Kendatipun, pada hari ini tahap pengawasan oleh negara telah meningkat, dan dengan menggunakan komputer mereka kini boleh mencantumkan pelbagai jenis sumber maklumat berbeza untuk mewujudkan profil individu-invididu atau kumpulan-kumpulan dalam masyarakat.

* Ramai koperasi yang besar kini menggunakan pelbagai jenis pengawasan 'pasif'. Ini secara utamanya adalah satu cara mengawasi aktiviti-aktiviti staf dan untuk mengawal perhubungan awam. Tetapi sesetengah badan-badan koperat besar secara aktif menggunakan pelbagai jenis cara pengawasan untuk memerhatikan aktiviti-aktiviti aktivis dan kumpulan-kumpulan kempen yang mungkin memberi kesan kepada pengoperasian mereka.

* Ramai syarikat-syarikat menukar maklumat sesama sendiri secara sah di sisi undang-unang, dengan membeli dan menjualnya daripada syarikat lain atau agensi kerajaan tempatan yang mengumpulkannya. Data ini biasanya dibeli oleh syarikat-syarikat yang hendak menggunakannya untuk tujuan pemasaran atau pengiklanan.

* Maklumat peribadi dikumpulkan oleh pelbagai kumpulan dan individu. Sesetengah daripada ini digunakan untuk tujuan tidak jenayah, tetapi penggunaan maklumat peribadi sensitif untuk melakukan jenayah seperti penipuan kad kredit dan lain-lain semakin meningkat.

Pengawasan moden kini tidak boleh dielak secara total. Akan tetapi, kumpulan bukan negara boleh menggunakan teknik-teknik pengawasan menentang suatu organisasi, dan sesetengah amalan yang berhati-hati boleh merendahkan peluang pengawasan itu berjaya. Sesetengah negara juga dihadkan pengawasan yang dibenarkan oleh undang-undang, terutama apabila mengawasi mereka yang tidak mendatangkan bahaya.

Nota: Dalam kesemua jenis pengawasan yang disebutkan di bawah, isu corak adalah penting. Walaupun dalam dirinya sendiri satu cebisan data kelihatan tidak berbahaya, tetapi apabila dikumpulkan bersama dengan data komunikasi orang lain ia boleh memberitahu pelbagai maklumat mengenai perhubungan sosial, corak perkerjaan, dan juga tabiat-tabiat peribadi. Pengumpulan dan pemerosesan data komunikasi adalah secara besarnya dilakukan secara automatik oleh komputer. Lihat juga: analisa trafik

Tidak ada komentar:

Posting Komentar